awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap

Bernama
Bernama
16/01/2021
16:11 MYT
Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu berlaku telah digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan. - Gambar hiasan
KUCHING:Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci mengenai dakwaan itu sama ada terdapat kecuaian anggota pasukan keselamatan tersebut ketika bertugas.
"Dua anggota yang bertugas ketika kejadian itu berlaku telah digantung kerja serta-merta sementara siasatan sedang dijalankan," katanya ringkas kepada Bernama malam ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai remaja perempuan itu.
Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau hari ini mendedahkan bahawa satu laporan telah dibuat oleh seorang remaja perempuan di Balai Polis Pusat Miri yang mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di dalam lokap di balai tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Remaja perempuan
#dirogol
#Tahanan
#dalam lokap
#Sarawak
#kecuaian
#anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan