awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan OKU dicabul rakan sekelas

Bernama
Bernama
08/11/2025
06:46 MYT
Polis siasat dakwaan remaja perempuan OKU dicabul rakan sekelas
Setakat ini, polis belum memaklumkan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam siasatan dan sama ada akan membuat sebarang tangkapan atau merakam keterangan bagi membantu siasatan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah di Cheras, di sini pada Selasa lepas.

Ringkasan AI
  • Polis sedang siasat dakwaan remaja OKU dicabul oleh rakan sekelas di tandas sekolah menengah di Cheras.
  • Ketua Polis KL menyatakan menerima laporan polis berkenaan kejadian tersebut.
  • Mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis selepas kejadian yang berlaku.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
"Satu laporan polis sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini, polis belum memaklumkan peruntukan undang-undang yang digunakan dalam siasatan dan sama ada akan membuat sebarang tangkapan atau merakam keterangan bagi membantu siasatan.
Difahamkan kejadian itu disedari ibu mangsa selepas remaja berusia 16 tahun itu memaklumkan bahawa seorang pelajar lelaki menariknya masuk ke dalam tandas sebelum bertindak mencabulnya.
Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri dan keluar dari kawasan sekolah sebelum memaklumkan kejadian kepada ibunya.
Susulan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah kejadian yang sedang disiasat oleh pihak polis berkenaan seorang remaja perempuan OKU di sebuah sekolah menengah di Cheras? A: Remaja perempuan OKU mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sekolah.
  • Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak polis setelah menerima laporan berkenaan kejadian tersebut? A: Polis telah menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan tersebut.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh mangsa setelah kejadian tersebut berlaku di sekolah? A: Mangsa berjaya melarikan diri dan memaklumkan kejadian kepada ibunya selepas dicabul oleh rakan sekelasnya di tandas sekolah.
  • Q: Adakah polis telah mengesahkan sebarang tangkapan atau merakam keterangan dalam siasatan ke atas kes pencabulan ini? A: Setakat ini, polis belum mengesahkan sebarang tangkapan atau merakam keterangan bagi membantu siasatan ke atas kes pencabulan yang dilaporkan.

Topic Berkaitan
#remaja OKU
#dicabul rakan sekelas
#tandas sekolah
#sekolah menengah di Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan