awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul

Bernama
Bernama
12/05/2025
01:50 MYT
Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Video tular menunjukkan mangsa dipukul sekumpulan lelaki. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik "skinhead" dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat susulan video tular di media sosial yang memaparkan kejadian itu.
Beliau bagaimanapun berkata setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk saksi atau mangsa.
"Polis telah memulakan siasatan sebaik menerima maklumat kejadian (tular) ini pada malam tadi. Justeru, orang ramai diminta untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Terdahulu tular beberapa rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan tersebut yang dipercayai dimuat naik di akaun Facebook kumpulan muzik itu.
Hantaran tersebut mendakwa vokalis tersebut diserang dan dipukul sekumpulan lelaki, dengan beberapa keping gambar kesan kecederaan turut dikongsikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Siasat
#vokalis dipukul
#Raub Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami