awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan wanita warga Taiwan diperas ugut

Bernama
Bernama
17/07/2025
15:30 MYT
Polis siasat dakwaan wanita warga Taiwan diperas ugut
Polis telah memulakan siasatan berhubung seorang wanita warga Taiwan yang mendakwa diperas ugut semasa ditahan anggota polis ketika sekatan jalan raya di kawasan SS2, seperti yang tular dalam rakaman video di media sosial. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis telah memulakan siasatan berhubung seorang wanita warga Taiwan yang mendakwa diperas ugut semasa ditahan anggota polis ketika sekatan jalan raya di kawasan SS2, dekat sini, seperti yang tular dalam rakaman video di media sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata pihaknya mengesan kenyataan yang tular terbabit menerusi aplikasi Facebook pada 1.41 pagi tadi.
"Pemilik akaun tersebut yang juga seorang wanita warga Taiwan telah memuat naik kenyataan bahawa dia ditahan semasa sekatan jalan raya dan diperas ugut oleh anggota polis.
"Susulan itu, polis menjalankan siasatan lanjut dan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan pemerasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulnizam berkata pihaknya sudah mengenal pasti identiti anggota polis yang terlibat dan siasatan sedang dijalankan.
Beliau berkata pihaknya memandang serius dakwaan terbabit dan tiada kompromi ke atas anggota yang mengambil kesempatan sama ada terhadap warganegara mahupun bukan warganegara serta mencemar nama baik pasukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis siasat
#wanita warga Taiwan diperas ugut
#Polis Daerah Petaling Jaya
#SS2 Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan