awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat elemen kongsi gelap dalam kes tembak di Meru

Bernama
Bernama
21/06/2025
09:15 MYT
Polis siasat elemen kongsi gelap dalam kes tembak di Meru
Pihak polis turut menyiasat kemungkinan penglibatan kongsi gelap dalam kejadian ini. - Gambar fail/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat sama ada wujud penglibatan kongsi gelap dalam kes seorang lelaki ditemukan mati di dalam kereta dipercayai akibat ditembak berhadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang semalam.

Ringkasan AI
  • Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki berusia 46 tahun yang ditemui mati dipercayai ditembak dari jarak dekat di dalam kereta di hadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang.
  • Mangsa dikatakan menemani rakannya membeli motosikal terpakai dan polis sedang meneliti rakaman CCTV serta merakam keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan.
  • Pihak polis turut menyiasat kemungkinan penglibatan kongsi gelap dalam kejadian ini dan proses bedah siasat sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata setakat ini pihaknya telah memanggil beberapa individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang bekerja sendiri itu sedang menemani rakannya yang mahu membeli motosikal terpakai di kedai terbabit.
"Mangsa didapati ditembak dari jarak dekat manakala proses bedah siasat sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan sekitar kejadian.
Semalam, Vijaya Rao berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.37 petang dan setibanya anggota di lokasi telah menemukan mayat warga tempatan berusia 46 tahun di tempat duduk pemandu dalam keadaan mengiring.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tembak meru
#Klang
#kongsi gelap
#S Vijaya Rao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan