KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan di sebuah portal berita tempatan, semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana kesalahan membocorkan maklumat, Seksyen 203A Kanun Keseksaan (kesalahan mendedahkan maklumat) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kesalahan menyebarkan kenyataan jelik).
Beliau berkata polis menerima aduan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
"Semasa pengadu berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pengadu telah dimaklumkan berlaku kebocoran dokumen dalaman sulit yang merupakan dokumen draf awal disediakan Unit Penyelidikan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Dokumen itu merupakan dokumen penyelidikan mengenai kes yang masih dalam perbicaraan dan merupakan pendapat Unit Penyelidikan sebagai rujukan kepada Hakim," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Dokumen kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah buat laporan polis
Beh berkata dokumen berkenaan akan dipinda berdasarkan kajian serta bacaan dan ia bukan satu keputusan penghakiman.
Menurutnya, hasil semakan polis mendapati terdapat satu artikel dimuat naik di sebuah portal berita bertajuk 'Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022', yang dikeluarkan semalam.
Beliau berkata laporan media itu mendakwa keputusan mahkamah mendapati Rosmah bersalah telah disediakan namun pengadu mendapati dokumen tersebut dipinda daripada dokumen asal.
"Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang artikel yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2222," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022

Polis menerima aduan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Mahkamah Tinggi di sini, semalam. - Gambar fail

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

12 lorong RFID ditambah di Lebuhraya Utara-Selatan
Penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan mula beroperasi sejak 11 Mac lepas. Lorong tambahan berkenaan adalah di di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Peniaga ayam resah jualan kurang sambutan
Peniaga ayam di sekitar Melaka resah berikutan jualan mereka yang agak suram sejak hari pertama Ramadan.

Malaysia masih tunggu kelulusan tambahan 350 kouta haji tahun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pemohonan untuk mendapatkan tambahan 350 kouta haji bagi tahun ini.
![[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023 [INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015571/25449825631679728281221_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023
Berikut adalah infografik berkenaan dengan Kos Haji, bayaran & bantuan kewangan Haji bagi tahun 2023. Sila klik untuk video penuh.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah bermula 12 Mei 2023
Pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.

Hakim ingatkan peguam beri keutamaan kes pengubahan wang haram dihadapi Rosmah
Keutamaan itu harus diberikan memandangkan kes tersebut telah mengambil masa lama sejak 2018.

Kes rasuah solar: Rosmah Mansor menangis, mohon belas ihsan mahkamah
"Anda telah melakukan perkara ini kepada suami saya dan anda mahu keluarga saya menderita." - Rosmah Mansor

Polis siasat kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan kes Rosmah
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman perbicaraan melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor yang disiarkan di sebuah portal berita tempatan, semalam.

Rosmah berhak mengesahkan keabsahan surat pelantikan Sri Ram - Peguam
Pihak pendakwaan perlu mengemukakan salinan surat pelantikan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Kanan khusus dalam perbicaraan kes rasuah isteri Rosmah Mansor.