KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang menyiarkan dokumen didakwa keputusan perbicaraan rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.
Laporan itu mendakwa dokumen berkenaan adalah kertas keputusan penghakiman kes rasuah Rosmah, membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion yang tular di media sosial.
Ia merujuk laporan bertajuk 'Rosmah Mansor Will Be Pronounced Guilty On 1st September 2022' dan 'Download Or View The 71-Page Judgement And Guilty Verdict On Rosmah Mansor Here' yang disiarkan pada 26 Ogos lalu.
Keputusan berhubung kes terbabit dijadual dibacakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September ini.
Dalam satu kenyataan, pejabat berkenaan menegaskan, perbuatan itu sebagai tindakan sengaja untuk menjejaskan integriti pengoperasian mahkamah dan pentadbiran keadilan.
"Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat berkenaan laporan-laporan portal itu," menurut kenyataan berkenaan.
Kata pejabat berkenaan itu lagi, Badan Kehakiman tidak akan diganggu-gugat oleh perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab bagi menjejaskan integriti sistem kehakiman negara.
Ini kes kedua selepas dokumen didakwa penghakiman kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd turut tular sebelum keputusan rasmi dibacakan di Mahkamah Persekutuan, 23 Ogos lalu.
Hakim Rahman
Sat Aug 27 2022

Keputusan berhubung kes terbabit dijadual dibacakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 September ini. - Foto fail/Astro AWANI

Kereta api wap antik terbabit dalam nahas di Scotland
Lokomotif wap Flying Scotsman terbabit dalam nahas selepas bertembung dengan satu lagi kereta api di Stesen Kereta Api Aviemore, di Cairngorms, Scotland.

Badan pemerhati AS saman Tesla atas dakwaan perkauman
Suruhanjaya Equal Employment Opportunity (EEOC) Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Tesla atas dakwaan perkauman terhadap pekerja kulit hitam di kilang pemasangan di California.

Dua wanita maut dalam nahas berasingan di Perak
Dua wanita maut dalam kemalangan berasingan di Jalan Bukit Gantang Kampung Sungai Jerai, Taping dan Jalan Parit 7 Sungai Manik, Teluk Intan hari ini.

Pemerkasaan seni dan budaya perlu untuk Kebangkitan Asia - PM Anwar
Anwar menyifatkan Malaysia sebagai bertuah dan unik apabila mampu mempamerkan kepelbagaian seni dan budaya sebagai simbol kekuatan negara.

Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.

PM merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah, ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-54 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Sukan Asia: Gandingan baharu Muhamamd Syafiq-Tze Liang sumbang gangsa kedua kem terjun
Kem terjun negara menambah koleksi pingat gangsa menerusi gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki.

Rakyat Maldives tunai tanggungjawab pilih presiden
Kira-kira 283,000 pengundi di Maldives pada Sabtu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih presiden.

4,286 pelajar baharu terpilih lanjut pengajian ke UKM
Sebanyak 4,286 pelajar baharu terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi akademik 2023/2024 untuk semua program pengajian.

Zelensky umum pakatan untuk tingkatkan industri senjata Ukraine
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengumumkan pada Sabtu penubuhan Perikatan Industri Pertahanan untuk meningkatkan pengeluar senjata di negara itu.

Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh
Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qura

Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.

Semakan hukuman mati, penjara seumur hidup perlu difail dalam tempoh tiga bulan
Mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula hukuman berkenaan dalam tempoh tiga bulan di Mahkamah Persekutuan, bermula hari ini.

Ahmad Terrirudin dilantik sebagai Peguam Negara, ganti Idrus
Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa Rabu depan bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September ini.

Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan cabar keputusan pilihan raya Segamat
Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan calon BN Tan Sri M. Ramasamy supaya petisyen pilihan raya kerusi Parlimen Segamat dikembalikan kepada Mahkamah Pilihan Raya untuk satu perbicaraan penuh.

Firma guaman gagal semak keputusan larang peguam tuntut yuran daripada wang disita
Sebuah firma guaman gagal untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang memutuskan bahawa peguam tidak boleh menuntut yuran guaman mereka daripada wang yang disita.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Peguam Diraja UK wakili Najib
Hakim Datuk Zabariah dalam keputusan sebulat suara membenarkan permohonan empat responden untuk menolak rayuan Laidlaw untuk mewakili bekas perdana menteri itu.

Kes Iki Putra cabar keabsahan enakmen syariah - MUIS
Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyifatkan perkembangan kes Iki Putra Mubarak sebagai mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah.

Levi pelepasan tidak jejas hak individu ke luar negara - Mahkamah Persekutuan
Hakim Nalini Nallini berkata undang-undang mengenai pengenaan levi pelepasan adalah sah.

Peruntukan Kanun Keseksaan jenayahkan lelaki goda isteri orang tidak berperlembagaan - Peguam
Seksyen 498 Kanun Keseksaan melanggar hak wanita bagi kesaksamaan di sisi undang-undang kerana ia hanya memberikan hak kepada suami untuk memulakan prosiding jenayah.