awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Anwar adakan lawatan rasmi pertama ke Perancis mulai 3 Julai
DUNIA
Turkiye selar seruan aneksasi Tebing Barat oleh menteri Israel
HIBURAN
Tiada isu ‘overshadow’, Ziana yakin sinergi vokal Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Polis siasat kemungkinan Pamela Ling dilarikan tanpa laluan sah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2025
07:00 MYT
Polis siasat kemungkinan Pamela Ling dilarikan tanpa laluan sah
Rusdi ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat PPR Bestari di PPR Desa Rejang pada Ahad. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Keberadaan Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu masih belum dapat dipastikan sama ada beliau berada dalam negara atau telah dibawa keluar.

Ringkasan AI
  • Kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh sejak 9 April masih belum dapat dipastikan lokasinya, sama ada masih berada dalam negara atau telah dibawa keluar secara tidak sah, walaupun tiada rekod rasmi pergerakan keluar dikesan.
  • Polis telah merakam keterangan daripada 42 individu termasuk ketiga-tiga anak Pamela dan seorang rakan keluarga di Singapura, dengan maklumat yang diperoleh membantu siasatan berkaitan pergerakan terakhir mangsa.
  • Siasatan turut mengambil kira kemungkinan Pamela dilarikan oleh individu menyamar sebagai pegawai polis, dan pihak berkuasa sedang meneliti rakaman CCTV serta menyiasat lebih lapan individu yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, semakan berdasarkan rekod semasa menunjukkan tiada sebarang pergerakan keluar negara dikesan melibatkan wanita itu.
"Namun, perlu diingat bahawa terdapat kemungkinan pergerakan berlaku tanpa melalui laluan sah. Oleh itu, tidak dapat dipastikan sama ada beliau masih berada dalam negara atau telah dibawa keluar.
"Jika ditanya sama ada dia telah keluar atau dilarikan ke luar negara, saya tidak boleh sahkan kerana semakan menunjukkan tiada pergerakan keluar secara rasmi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat PPR Bestari di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut mengenai anak-anak Pamela, Rusdi menjelaskan wanita itu mempunyai tiga orang anak, bukan dua seperti yang dilaporkan sebelum ini.
"Anak Pamela sebenarnya tiga orang, dua perempuan dan seorang lelaki berusia lingkungan 18 hingga 20-an, dua daripada mereka adalah pasangan kembar.
"Ketiga-tiga anaknya telah diambil keterangan semalam (Sabtu) di Balai Polis Woodlands, Singapura.
"Seorang lagi rakan keluarga turut diambil keterangan, menjadikan jumlah saksi yang dirakam setakat semalam seramai empat orang," katanya.
Menurut beliau, maklumat yang diperoleh daripada keterangan itu membantu siasatan, khususnya berkaitan pergerakan terakhir mangsa.
"Semakan mendapati pada 8 dan 9 April itu, Pamela masih berhubung dengan ahli keluarganya.
"Setakat ini, seramai 42 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes ini. Apa yang saya boleh maklumkan, siasatan masih berjalan lancar,” ujarnya.
Pada 13 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa polis telah merakam keterangan daripada 27 saksi berkaitan kes kehilangan Pamela.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya turut merancang untuk merakam keterangan anak-anak Pamela serta saksi lain dalam masa terdekat.
Beliau memaklumkan bahawa pergerakan Pamela untuk keluar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan siasatan yang sedang dijalankan terhadapnya.
Menurut Aidi Sham, siasatan dijalankan secara menyeluruh termasuk kemungkinan wanita itu melarikan diri ke luar negara.
Setakat ini, siasatan tidak menemui sebarang suspek lain selain lebih lapan individu yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Pada 5 Mei lalu, media melaporkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh termasuk dakwaan bahawa Pamela dilarikan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata pihaknya sedia maklum mengenai dakwaan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Katanya, siasatan turut mengambil kira rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran jelas insiden tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pamela Ling Yueh
#Rusdi Mohd Isa
#pergerakan keluar negara
#kes kehilangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami