RANAU: Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes melarikan kereta dan pelajar sekolah di sini petang semalam yang tular di media sosial mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata siasatan lanjut itu dilakukan antara lain bagi memastikan tindakan daripada sudut perundangan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
Beliau berkata dalam kejadian itu, pihak polis telah menerima satu laporan pada 5.06 petang mengenai seorang lelaki yang membawa lari sebuah kereta di hadapan kedai runcit tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang di sini.
"Lelaki tersebut juga turut membawa enam pelajar Sekolah Kebangsaan Pinousuk di dalam kenderaan tersebut.
"Polis Ranau juga telah menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut dan juga kelihatan pelajar sekolah keluar dari kereta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta yang dicuri. -Media sosial
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
3 remaja didakwa culik kanak-kanak
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Video tular kes culik di Sepang tidak benar - Polis
Polis Daerah Sepang terima laporan pada 9.30 pagi 31 Okt, berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan kedai dobi di Sepang Putra.
Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut
Culik: Ibu pemain bintang Liverpool berjaya diselamatkan
PRESIDEN Colombia, Gustavo Petro mengesahkan ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz telah diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, namun pegawai masih mencari bapanya yang hilang.
Acah-acah culik, minta wang tebusan... Modus operandi baharu scammer
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun menjadi mangsa penipuan scammer yang menggunakan modus operandi baharu dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.