Skip to main content

Malaysia

Polis siasat MB Perlis lepaskan tembakan ke arah lembu korban

KANGAR, 19 April -- Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bertemu pengamal media mengulas mengenai penangguhan mengejut Sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) Perlis ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Perlis Open Moto X Meeting di Litar Motocross, Sungai Batu Pahat hari ini.  Sidang DUN Perlis dijadualkan berlangsung bermula 21 hingga 23 April depan, namun Setiausaha DUN, Mohd Anwar Sahul Hameed pada surat rasmi semalam, mengumumkan penangguhan tanpa tarikh baharu. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TER
Abu Bakar dalam penjelasannya kepada media mempertahankan tindakannya menembak seekor lembu korban yang didakwa mengamuk. - Gambar fail

KANGAR: Polis menjalankan siasatan berhubung penularan video memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, dipercayai menembak seekor lembu korban menggunakan senapang patah.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal sedang dijalankan walaupun setakat ini pihak polis belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan kejadian itu.

"Polis dah terima (penularan video) tetapi setakat ini belum menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian. Bagaimanapun, siasatan awal sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata, siasatan turut menjurus kepada jenis peluru yang digunakan.

"Sama ada peluru yang digunakan peluru hidup atau bukan kita masih dalam siasatan," katanya.

Menurutnya, polis akan memanggil Menteri Besar tersebut untuk diambil keterangan.

Katanya, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini, tular video berdurasi 38 saat memaparkan Abu Bakar menembak seekor lembu dipercayai untuk ibadah korban.

Sementara itu, Abu Bakar dalam penjelasannya kepada media mempertahankan tindakannya menembak seekor lembu korban yang didakwa mengamuk demi keselamatan orang ramai.

Menurutnya, dakwaan di media sosial menggambarkan seolah-olah lembu korban disembelih menggunakan kaedah tembakan adalah tidak benar.

Katanya, hanya seekor lembu ditembak selepas haiwan itu terlepas daripada ikatan dan mengamuk, manakala 24 ekor lagi disembelih mengikut prosedur biasa.

“Saya bukan tembak suka-suka. Lembu itu mengamuk. Kalau dibiarkan dan ia tanduk orang sampai mati, siapa hendak jawab?

“Bila ia terlepas, kita tidak boleh buat apa lagi. Jadi saya ambil senapang dan tembak pada kaki...selepas ia jatuh, barulah kita sembelih,” katanya. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement