awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/12/2023
05:19 MYT
Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang
Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- Gambar fail/Bernama
BUTTERWORTH: Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth pada Selasa adalah ibu saudara kepada lelaki tempatan yang menetaknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisoner, Mohd Asri Shafie ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan, wanita berusia 42 tahun itu adalah ibu saudara kepada suspek lelaki berusia 29 tahun itu.
Setakat ini, pihak polis sudah menahan reman lelaki tersebut di Hospital Pulau Pinang ( HPP) dan siasatan kini dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar suspek menyerang dan menetak mangsa bertubi-tubi.
Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki bertindak menetak seorang wanita dengan parang dan kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup ( CCTV) sebelum ia tular di media sosial.
Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Raja Uda, Butterworth kira kira jam 11.10 pagi.
Wanita maut ditetak lelaki di Butterworth
Mangsa yang cedera parah akibat tetakan pada bahagian belakang leher dan bahu kiri dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya ( HSJ) namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.58 pagi.
Sementara itu,seorang lelaki dipercayai terlibat dengan jenayah tersebut bertindak melarikan diri dan cuba membunuh diri dengan terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang namun berjaya diselamatkan orang awam.
Topic Berkaitan
#wanita maut ditetak
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
#tetak ibu saudara
#Jambatan Pulau Pinang
#Mohd Asri Shafie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan