awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat pelanggaran SOP majlis dihadiri ahli perniagaan, ahli politik

Bernama
Bernama
18/01/2022
09:38 MYT
Polis siasat pelanggaran SOP majlis dihadiri ahli perniagaan, ahli politik
Polis telah mengenal pasti penganjur majlis berkenaan serta tetamu yang hadir dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara di sebuah majlis pelancaran produk melibatkan ahli perniagaan dan ahli politik semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ia susulan satu laporan polis yang dibuat semalam berikutan penularan gambar tetamu di majlis berkenaan yang tidak menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.
"Pihak polis telah mengenal pasti penganjur majlis berkenaan serta para tetamu yang hadir di majlis itu dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin turut mengingatkan penganjur dan syarikat yang mengadakan sebarang majlis untuk memastikan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
Semalam tular di media sosial beberapa gambar ahli perniagaan terkenal dan ahli politik yang tidak menjaga penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka di sebuah majlis pelancaran produk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langgar SOP
#ahli politik
#ahli perniagaan
#hotel petaling jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan