awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sibu cekup 17 kaki sabung

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2022
00:39 MYT
Polis Sibu cekup 17 kaki sabung
Antara barang kes yang dirampas ialah ayam hidup, ayam mati, taji ayam dan alat penimbang elektronik. - Foto ihsan PDRM
SIBU: Polis Sibu menahan 17 individu berusia antara 19 dan 75 tahun kerana disyaki terlibat dalam aktiviti sabung ayam di sini pada Ahad.
Kesemua suspek diberkas sekitar jam 3 petang ketika sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menjalankan serbuan di kawasan tanah lapang Jalan Bukit Penyau.
Perkara itu dimaklumkan Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata dalam satu kenyataan hari ini.
"Beberapa barang kes turut dirampas termasuk empat ekor ayam hidup, dua ekor ayam mati, tiga bilah taji ayam dan satu unit alat penimbang elektronik," katanya.
Mancha berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.
Topic Berkaitan
#sabung ayam
#polis
#Sibu
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan