Polis telah menahan 18 suspek yang kesemuanya positif dadah untuk membantu siasatan dalam kes kematian Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu, Zalifah Jamaluddin.
Menurut Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan wanita berusia 68 tahun itu merupakan penduduk tempatan.
“Rampasan pasukan khas yg diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah sedang berusaha bertukus lumus menyelesaikan kes ini, saya menggesa siapa yang mengetahui kes ini maklum kepada kami,” kata Mohd Mokhtar.
Pada 28 Februari lalu, Zalifah, 68 ditemui mati di rumahnya di Felda Semenchu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah.
Hasil siasatan mendapati mangsa telah dirompak pada pukul 12.30 tengahari, hari yang sama ekoran keadaan rumah yang berselerak.
Terdapat kesan lebam di badan mangsa berikutan pergelutan dengan suspek.
Astro Awani
Tue Mar 04 2014
-gambar arkib
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis tahan 18 suspek bantu siasatan kes bunuh Ketua Wanita UMNO Felda Semenchu
Polis menahan 18 suspek yang kesemuanya positif dadah untuk membantu siasatan dalam kes kematian Ketua Wanita Umno Cawangan Felda, Semenchu.