awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 33 disyaki terlibat dengan 'pengganas Sulu'

Bernama
Bernama
10/03/2013
05:40 MYT
Polis tahan 33 disyaki terlibat dengan 'pengganas Sulu'
Polis menahan 33 suspek yang dipercayai melindungi dan terlibat secara langsung dengan pengganas Sulu dan turut disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada mereka.
Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata empat daripada yang ditahan merupakan suspek penceroboh.
Beliau berkata kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu ditahan di Kampung Pinggir Bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal siasat.
"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Ops Daulat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi tadi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.
Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.
Ops Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.
Sejak pencerobohan militan pada 12 Februari lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian.
Topic Berkaitan
#Lahad Datu
#Mohd Firdaus Francis Abdullah
#polis
#Semporna
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan