awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 34 individu sertai parti liar semasa PKP

Bernama
Bernama
13/04/2020
21:10 MYT
Polis tahan 34 individu sertai parti liar semasa PKP
Hasil semakan mendapati tiga daripada lelaki yang ditahan memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dadah. - Gambar hiasan
Polis menahan 23 lelaki dan 11 wanita yang menghadiri parti liar semasa tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam lima serbuan di dua blok apartmen di sini sejak Sabtu lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua mereka yang berumur 17 hingga 31 tahun ditahan dalam serbuan di lima unit apartmen di Johor Bahru dan Masai, dengan tiga daripadanya dibuat pada 11 April bermula pukul 10.30 malam, manakala dua lagi selepas tengah malam.
Katanya lapan daripada mereka ditahan kerana memiliki dadah disyaki jenis ketamine dan THC berjumlah seberat 6.68 gram, pil ecstasy (20 biji), serta pil erimin 5 (tiga biji), dan hasil saringan ujian air kencing mendapati 28 daripada mereka positif dadah jenis ketamine dan THC.
Beliau berkata hasil semakan mendapati tiga daripada lelaki yang ditahan memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dadah, dan menurutnya antara yang ditahan termasuk dua penjawat awam yang masih berkhidmat.
"Siasatan awal mendapati kesemua suspek bukan penghuni di unit-unit itu, serta gagal memberi alasan yang munasabah untuk berkumpul," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Kes disiasat masing-masing di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (bagi suspek memiliki dadah), Seksyen 15(1)(A) ADB 1952 (bagi suspek yang positif dadah) serta Peraturan 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melanggar arahan PKP, dan semua mereka kini ditahan reman sehingga 16 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#ecstasy
#ingkar PKP
#jenayah
#Johor Bahru
#kesalahan lampau
#parti liar
#penjawat awam
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#reman
#siasatan
#suspek
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan