awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 7 lelaki pukul dua pemuda gara-gara Mobile Legend

Bernama
Bernama
12/03/2023
07:50 MYT
Polis tahan 7 lelaki pukul dua pemuda gara-gara Mobile Legend
Ketujuh-tujuh suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
MELAKA: Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki memukul dua pemuda berumur 20an dalam pergaduhan yang berpunca daripada permainan video dalam talian Mobile Legend, di Telok Mas di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pergaduhan berlaku semasa pengadu bersama seorang rakannya yang berada di sebuah stesen minyak, didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal yang kemudian bertindak memukul mereka.
Beliau berkata pengadu menerima 10 jahitan di dahi dan patah tulang hidung akibat dipukul dengan topi keledar.
"Siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus berikutan rasa tidak puas hati kerana maki hamun ekoran keengganan bermain Mobile Legend," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya semua tujuh lelaki berumur 16 hingga 28 tahun itu ditahan di Jalan Kota di sini sekitar tengah malam tadi, dan kes disiasat mengikut 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera, serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.
Ketujuh-tujuh suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes gaduh
#mobile legend
#PDRM
#polis tahan suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan