awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas penyerang Newcastle-Liverpool buat hal lagi, ditangkap di lapangan terbang
72 premis makanan di Kelantan tidak capai tahap kebersihan tahun ini - JKNK
Gangguan telekomunikasi di Kuala Kangsar akibat kebakaran menara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata di Klang

Bernama
Bernama
02/06/2021
11:39 MYT
Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata di Klang
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan antara 9 dan 10 malam Selasa. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis menahan lapan lelaki dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Klang seperti yang tular di media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan antara 9 dan 10 malam hari sama, selepas mangsa membuat laporan polis pada 7 malam.
Beliau berkata dalam kejadian dipercayai berlaku lewat petang itu, sekumpulan lelaki dilaporkan menyerang mangsa dan keluarga dengan menggunakan kayu dan topi keledar serta membaling batu dan botol kaca ke dalam rumah di Jalan Sungai Jati, Klang.
"Polis telah merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, sebuah kereta jenis Honda berwarna hijau serta dua topi keledar.
"Kesemua suspek yang antaranya mempunyai rekod jenayah lampau mengaku terlibat dengan kes berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Shamsul Amar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman selama dua hingga tiga hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan bersenjata
#Klang
#Tular
#viral
#jalan sungai jati
#serang
#guna kayu
#topi keledar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan