IPOH: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam lima kejadian samun dengan menyamar sebagai pegawai Imigresen di sekitar bandar raya Ipoh, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Ipoh dan Gerik oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada kira-kira pukul 4.30 pagi.
Beliau berkata polis turut merampas beberapa barang kes termasuk kenderaan yang digunakan oleh kedua-dua suspek.
"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek berusia 25 tahun mempunyai dua rekod jenayah dan empat rekod dadah manakala suspek berusia 26 tahun mempunyai dua rekod dadah. Saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis 'methamphetamine'," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Mohd Yusri berkata polis percaya lima kes samun yang membabitkan kerugian kira-kira RM6,000 berjaya diselesaikan susulan penahanan dua suspek itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Mohd Yusri berkata, dua suspek ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Ipoh dan Gerik oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh. - Gambar fail
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
[TERKINI] Dagangan sekuriti MAHB digantung, menanti pengumuman penting
MAHB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata permohonan penggantungan itu sudah diluluskan. Penggantungan itu berlaku di tengah-tengah laporan bahawa penswastaan MAHB sedang dijalankan.
Kes lelaki Israel: Tiga warga asing dihantar pulang ke negara asal
Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol dan 200 peluru, telah dihantar ke negara asal.
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
Aston Villa kembali ke UCL selepas 41 tahun
Pasukan bimbingan Unai Emery itu tidak pernah bermain dalam kejohanan kelab utama Eropah berkenaan sejak musim 1982-83.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, awal pagi semalam.
Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu
Kedua-dua suspek berjaya melarikan wang perniagaan kedai serbaneka berkenaan termasuk barang kemas milik mangsa.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Pemilik restoran diacu pistol sebelum dirompak RM300,000
Ketika kejadian, mangsa dan rakan berada di kafe dekat pusat beli-belah itu untuk urusan jual beli jongkong emas.