IPOH: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Bukit Mas, Taiping dan melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Honda City berwarna merah yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah menahan dua suspek terbabit, masing-masing berusia 37 dan 47 tahun di sebuah kediaman di Cheras, Kuala Lumpur, pada 11 pagi, hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua suspek yang merupakan rakan mempunyai rekod jenayah lampau dan didapati mula aktif dalam kegiatan jenayah sejak tahun 2017, manakala seorang lagi suspek sedang dikesan.
"Ekoran penangkapan tersebut, pihak polis turut membuat rampasan sebuah kereta Honda City warna merah, beberapa peralatan pecah rumah, telefon bimbit dan beg tangan wanita serta mata wang asing.
"Permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat ke atas mereka di Mahkamah Majistret Taiping pada keesokan hari," katanya dalam satu kenyataan, malam Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan, polis sedang mengesan dua lelaki disyaki memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Mas pada 2 Jan lepas.
Kelibat dua suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Honda City berwarna merah itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan sebelum tular di laman media sosial, dua hari lepas. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Razlam berkata kedua-dua suspek yang merupakan rakan mempunyai rekod jenayah lampau dan didapati mula aktif dalam kegiatan jenayah sejak tahun 2017, manakala seorang lagi suspek sedang dikesan. - Gambar hiasan/Unsplash
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Kereta terbabas, terbalik selepas 'aksi' pandu melulu, himpit
Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Ahad.
Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat pecah rumah di Taiping
Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Bukit Mas, Taiping.
Lelaki maut, motosikal ditunggang terbabas, terbakar dalam kemalangan
Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022
City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.
Wanita larikan kenderaan ditahan
Suspek berusia 38 tahun dan memiliki 14 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah bertindak memandu kereta jenis Honda City secara agresif.
10 minit tahan sakit tersepit dalam kereta
Seorang lelaki berusia awal 30-an yang merupakan pemandu kereta jenis Honda City tersepit di bahagian tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
Suami isteri parah kereta dirempuh pemandu lawan arus
Pemandu yang melawan arus dilapor telah bergesel dengan sebuah motosikal sebelum merempuh kereta mangsa.
Bakar kereta abang kekasih gara-gara cinta dihalang
Seorang lelaki bertindak membakar kereta abang teman wanitanya di Taman Menara Maju gara-gara dihalang untuk bercinta.
Dua maut kenderaan bertembung dalam kemalangan di Kuala Krai
Dua pemandu maut selepas kereta yang dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di KM95.9 Jalan Kota Bahru-Gua Musang, pada Selasa.
Lelaki maut tersepit, kereta rempuh bas ekspres di Jalan Pekan-Rompin
Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Honda City yang dipandunya merempuh sebuah bas ekpres di Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Arung, di sini, petang tadi.