awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua PATI bersama lebih 2kg dadah

Petrus Bernard
Petrus Bernard
13/10/2020
01:39 MYT
Polis tahan dua PATI bersama lebih 2kg dadah
Pemeriksaan lanjut pada bungkusan teh Cina menemui satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan berat 2.103 kilogram.
TAWAU:Bertindak atas maklumat serta bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Tawau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan dua lelaki warga asing bersama dadah seberat 2.103 kilogram di jeti Kampung Inderasabah pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 10.20 malam, pasukan polis mengesan dua lelaki warga asing berumur antara 21 dan 26 tahun yang mencurigakan berada dalam perahu di jeti berhampiran.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata sebaik menyedari kehadiran polis, seorang daripada lelaki itu membuang sebuah plastik ke laut.
Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat dua bungkusan plastik teh Cina berwarna hijau dengan tulisan Guanyinwang.
"Bungkusan teh cina tersebut mengandungi satu bungkusan plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih, disyaki dadah jenis Syabu dengan berat 2.103 kilogram.
"Dua suspek itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki cuba menyeludup dadah keluar dari negara ini ke negara jiran," katanya.
Mereka seterusnya dibawa ke balai polis bersama semua barang rampasan termasuk sebuah beg pakaian berwarna hitam dan sebuah perahu.
Nilai barang rampasan dianggarkan berjumlah RM110,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Topic Berkaitan
#polis
#pati
#pendatang asing tanpa izin
#Dadah
#maritim
#Maritim Malaysia
#jeti
#Tawau
#Kampung Inderasabah
#warga asing
#teh Cina
#Peter Umbuas
#rampasan
#Syabu
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan