awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua suspek kes OKU maut dipukul

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
27/08/2021
02:38 MYT
Polis tahan dua suspek kes OKU maut dipukul
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4.30 petang dan mangsa dikatakan telah dipukul seorang bekas warden penjara dan anggota polis.
KUCHING: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipercayai dipukul dalam kejadian di Kampung Jawa dekat Semenggoh, Jalan Puncak Borneo, di sini semalam.
Menurut sumber, mangsa berusia 26 tahun itu merupakan pemegang kad OKU mental.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4.30 petang dan mangsa dikatakan telah dipukul seorang bekas warden penjara dan anggota polis di kampung berkenaan.
“Mereka sebenarnya berjiran dan semasa kejadian mereka berdua diminta oleh ibu mangsa untuk menenangkannya yang bertindak agresif bagi diberikan ubat penenang kerana mangsa adalah pesakit mental.
“Ada berlaku pergelutan dan mangsa didapati menjadi lemah.
"Kes masih dalam siasatan polis dan kedua-dua mereka telah ditangkap,” kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Astro AWANI.
Mangsa kemudian dihantar ke rumahnya sebelum dikejarkan ke hospital sekitar jam 5 petang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan yang dialami.
“Namun kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenai punca dan motif kejadian.
"Harap masyarakat tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.
“Pihak IPD Padawan akan keluarkan kenyataan media rasmi.
"Mohon tunggu kenyataan tersebut dan tidak menyebarkan berita tidak tepat yang akan mengganggu siasatan polis dan menggusarkan masyarakat awam,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Aidi Ismail
#kes kematian lelaki OKU
#lelaki OKU dipukul
#pemegang kad OKU mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan