MALAYSIA
Polis tahan guru wanita bantu siasatan rotan pelajar sehingga lebam dan berbirat

Kejadian membabitkan dua kanak-kanak perempuan yang didakwa dirotan kerana dikatakan tidak menunjukkan kesungguhan ketika latihan bola jaring. - Foto sumber keluarga
SUNGAI PETANI: Polis menahan guru sebuah Pusat Asuhan Islam di daerah ini bagi membantu siasatan kejadian dua kanak-kanak berusia lima tahun yang dirotan sehingga lebam dan berbirat, Khamis lalu.
Ringkasan AI
- Seorang guru wanita ditahan polis kerana disyaki merotan dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun sehingga lebam dan berbirat.
- Kejadian berlaku di sebuah Pusat Asuhan Islam dan dipercayai berpunca daripada ketidaksungguhan murid ketika latihan bola jaring.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sungai Petani.
"Kejadian dipercayai berlaku di pusat asuhan terbabit dan polis menerima maklumat, kejadian itu membabitkan dua kanak-kanak perempuan yang didakwa dirotan, selepas terdapat kesan rotan di bahagian kaki dan tangan kerana tidak menunjukkan kesungguhan ketika latihan bola jaring," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini Astro AWANI melaporkan ibu bapa dua pelajar perempuan dari sebuah Pusat Asuhan Islam di daerah ini mendakwa anak mereka mengalami kesan berbirat dan lebam kerana dirotan sorang guru wanita.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami