awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegang kayu di plaza tol, polis buru dua individu
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lapan suspek kes culik, rampas dua pistol

Bernama
Bernama
03/10/2025
04:10 MYT
Polis tahan lapan suspek kes culik, rampas dua pistol
Datuk Mohd Yusoff Mamat, Ketua Polis Kelantan. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes culik di Pasir Puteh, minggu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 46 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di enam lokasi sekitar Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat, awal pagi semalam, dan berjaya menyelamatkan mangsa.
Beliau berkata dalam kejadian 26 Sept lepas, mangsa dikurung di sebuah rumah tidak bernombor di Cherang Ruku, Pasir Puteh dan suspek meminta wang tebusan RM150,000 daripada majikan mangsa.
"Hasil risikan, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berjaya melakukan serbuan antara 2 pagi hingga 11.30 pagi semalam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Yusoff berkata selain penahanan lapan suspek, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 15 telefon bimbit, tiga kenderaan, seutas rantai besi bersama lima mangga, pelitup muka, pengikat kabel serta pakaian yang dipakai semasa kejadian.
"Turut dirampas dua pucuk pistol, iaitu jenis revolver dan satu lagi pistol tiruan bertulis Austria," katanya.
Beliau berkata pengadu dalam kes ini menyerahkan wang tebusan berjumlah RM29,000 kepada suspek sebelum tangkapan dilakukan.
"Kesemua suspek direman empat hari bermula semalam hingga 5 Okt ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 385, 342 dan 365 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971," katanya.
Mohd Yusoff berkata siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#Mohd Yusoff Mamat
#Pasir Puteh
#mangsa dikurung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan