awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 15 negeri AS, Washington DC isytihar darurat menjelang ribut musim sejuk
PRK Kinabatangan: Peti undi SK Inarad terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi
Kesatuan Pekerja Hyundai bantah penggunaan robot Atlas di kilang pengeluaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki Bangladesh masuk tandas wanita di Terminal Bas Kulai

Bernama
Bernama
10/12/2025
04:00 MYT
Polis tahan lelaki Bangladesh masuk tandas wanita di Terminal Bas Kulai
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki Bangladesh kelihatan bingung ketika disoal mengenai tindakannya memasuki tandas wanita, sebelum dia ditahan polis. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
KULAI: Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai memasuki tandas wanita di Terminal Bas Kulai di sini, semalam.

Ringkasan AI
  • Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang memasuki tandas wanita di Terminal Bas Kulai.
  • Lelaki berusia 35 tahun itu turun dari bas Kuala Lumpur dan membawa beg berisi pakaian sebelum kejadian.
  • Lelaki tersebut dibebaskan selepas proses dokumentasi dan laporan polis selesai dibuat.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata, dalam kejadian pada 1.10 tengah hari itu, lelaki berusia 35 tahun tersebut didapati baru sahaja turun daripada sebuah bas yang tiba dari Kuala Lumpur.
Beliau berkata lelaki berkenaan turut membawa sebuah beg berisi pakaian yang diletakkan di atas kerusi menunggu sebelum memasuki tandas itu.
"Susulan itu, kita menahan lelaki terbabit untuk tujuan soal siasat dan proses dokumentasi. Hasil siasatan mendapati dia tersilap memasuki tandas berkenaan, yang ketika kejadian tidak mempunyai pengguna wanita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan berkata lelaki itu telah dibebaskan selepas proses dokumentasi dan laporan polis selesai dibuat.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 35 saat di laman sosial memaparkan seorang lelaki Bangladesh kelihatan bingung ketika disoal orang awam mengenai tindakannya memasuki tandas wanita, sebelum dia ditahan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Bangladesh
#tandas wanita
#Terminal Bas Kulai
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan