awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kamera tersembunyi dalam inap desa

Bernama
Bernama
11/02/2024
11:37 MYT
Polis tahan lelaki bantu siasatan kamera tersembunyi dalam inap desa
Lelaki berusia 20-an itu ditahan di Kuala Lumpur petang ini hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.
GEORGE TOWN: Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita, mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki berusia 20-an itu, ditahan di Kuala Lumpur petang ini, hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan oleh pihak polis.
Beliau berkata polis percaya dengan penahanan lelaki itu, pihaknya akan dapat menyelesaikan siasatan kes insiden tersebut, turut tular di media sosial sejak Jumaat.
"Polis telah mengesan lelaki itu hari ini, sebelum berjaya menahannya bagi membantu siasatan berhubung kejadian kamera tersembunyi, dalam bilik air tersebut.
"Polis juga telah mendapat perintah reman ke atas lelaki itu selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, kerana mengaibkan kehormatan seseorang," katanya kepada Bernama hari ini.
Difahamkan, lelaki itu merupakan rakan kepada wanita yang membuat laporan polis tersebut dan dipercayai dia turut menginap di inap desa yang sama, bersama beberapa lagi rakan mereka.
Terdahulu hari ini Bernama melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu, selepas pemeriksaan pihak polis mendapati pautan yang terdapat di kamera tersebut menghubungkan dengan telefon bimbit lelaki berkenaan.
Semalam, polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa diintip menerusi kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi di bilik air, ketika sedang bercuti pada 5 hingga 6 Feb lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#inap desa
#kamera tersembunyi
#bilik air
#Jelutong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan