awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes tembak mati depan restoran

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/05/2022
08:36 MYT
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes tembak mati depan restoran
Dalam kejadian Rabu lalu, seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat ketika ingin masuk ke dalam kereta selepas membungkus makanan dari sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani. - Foto ihsan polis
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian tembak mati seorang lelaki di Jalan Kampung Baru, di sini, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan di Sungai Petani lewat petang semalam.
“Polis kini sedang menyiasat bagi mengenal pasti penglibatannya dalam kejadian tembak itu.
“Keterangan daripada isteri mangsa, rakan dan beberapa orang saksi lain telah direkodkan dan polis akan menyiasat dari pelbagai sudut bagi mengetahui motif kejadian berlaku,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Suresh memaklumkan setakat hari ini tiada tangkapan terbaru dibuat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga telah dikumpulkan bagi mengesan wajah suspek.
Dalam kejadian Rabu lalu, seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat ketika ingin masuk ke dalam kereta selepas membungkus makanan dari sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.
BACA: Lelaki maut ditembak di hadapan isteri, anak depan restoran
Dalam kejadian itu mangsa maut di tempat kejadian selepas terkena lapan das tembakan mengenai muka dan badan.
Mangsa berusia 36 tahun beralamat di Bidong, dipercayai individu dikehendaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan juga pengedaran dadah.
Topic Berkaitan
#kes tembak mati
#kes tembak depan restoran
#Sungai Petani
#Jalan Kampung Baru
#kongsi gelap
#pengedaran dadah
#SOSMA
#kes tembak di muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan