awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki bawa lari remaja OKU

Bernama
Bernama
07/04/2025
07:15 MYT
Polis tahan lelaki disyaki bawa lari remaja OKU
Polis menahan seorang lelaki disyaki melarikan gadis OKU berumur 17 tahun di Melaka, yang dilaporkan hilang dua hari lepas.
MELAKA: Polis menahan seorang lelaki disyaki melarikan gadis orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman di sini dua hari lepas, awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Polis menahan seorang lelaki disyaki melarikan gadis OKU berumur 17 tahun di Melaka, yang dilaporkan hilang dua hari lepas.
  • Suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan mengaku membawa gadis itu bersiar-siar ke beberapa lokasi.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata peniaga berumur 40 tahun yang memandu kereta Perodua Kelisa itu ditahan kira-kira 4 pagi tadi di tepi Jalan Jati, Sungai Petani, Kedah.
Beliau berkata suspek yang tinggal di sini mengaku membawa gadis berumur 17 tahun itu untuk bersiar-siar di Seremban, Ipoh, Bukit Mertajam dan Baling.
Dalam kenyataan di sini beliau berkata semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, dan soal siasat juga mendapati gadis itu tidak mengenali suspek.
Christopher berkata kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah.
Beberapa media semalam melaporkan seorang remaja OKU dilaporkan hilang pada 5 April selepas keluar bermain di taman permainan berhampiran rumahnya dan dipercayai dibawa lari dengan menaiki Perodua Kelisa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gadis OKU
#rekod jenayah lampau
#melarikan orang dengan salah
#bawa gadis itu bersiar-siar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan