awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki curi kabel di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
12/05/2025
03:00 MYT
Polis tahan lelaki disyaki curi kabel di Pulau Pinang
Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri kabel bersama tiga lagi individu yang masih bebas.
BALIK PULAU: Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di daerah Barat Daya ditahan sepasukan polis di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan ketika memandu kereta dalam keadaan mencurigakan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini.
Beliau berkata pemeriksaan terhadap kereta jenis Proton Wira dipandu lelaki itu menemukan pelbagai peralatan dan barang-barang yang disyaki berkait dengan kegiatan mencuri kabel termasuk gulungan kabel, beberapa batang keratan kabel dan peralatan tukul besi.
"Turut ditemukan besi diubah suai, set penyangkuk dan rantai pengangkat serta beberapa telefon bimbit dan kad pengenalan milik individu lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sazalee berkata hasil siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri kabel bersama tiga lagi individu yang masih bebas.
Beliau berkata suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan lima kes narkotik serta tujuh kes jenayah dan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#Sazalee Adam
#ditahan polis
#Jalan Sultan Azlan Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami