awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong hubungan diplomatik dengan Israel

Bernama
Bernama
06/12/2023
14:00 MYT
Polis tahan lelaki keluar kenyataan sokong hubungan diplomatik dengan Israel
Menurut Mohd Shuhaily, lelaki itu direman selama dua hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berumur 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataan individu itu yang disyaki menyokong supaya Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata lelaki itu disyaki membuat kenyataan berkenaan dalam satu temu bual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang telah dimuat naik dalam laman TikTok sebuah portal media tempatan.
Menurutnya, lelaki itu direman selama dua hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini.
"Siasatan kes ini telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/ Pendakwaan (D5) JSJ di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Mohd Shuhaily berkata memandangkan kes itu masih dalam siasatan, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi mengenainya.
"Polis mengingatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang," katanya.
Baru-baru ini tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia, menerusi satu temu bual dalam talian dengan pempengaruh Israel Hananya Naftali, disyaki berkata Malaysia dengan Israel perlu ada hubungan diplomatik selain meminta agar kedutaan Israel dibuka di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#hubungan diplomatik
#membantu siasatan
#temu bual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan