awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki langgar kenderaan JPJ guna pengorek kaut

Bernama
Bernama
30/06/2022
22:15 MYT
Polis tahan lelaki langgar kenderaan JPJ guna pengorek kaut
Video tular yang menunjukkan sebuah kenderaan berat jenis pengorek kaut bertindak melanggar kenderaan pasukan JPJ.
KENINGAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 60an bagi membantu siasatan kes menghalang dan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam iaitu anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan kewajipannya, dalam kejadian di sini petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kasim berkata polis menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.32 petang dan siasatan awal mendapati anggota JPJ Cawangan Keningau telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan berat jenis pengorek kaut (backhoe) yang mencurigakan.
"Pemeriksaan dijalankan mendapati terdapat kesalahan. Semasa saman hendak dikeluarkan pemandu tidak berpuas hati dan marah, dengan bertindak melanggar kenderaan pasukan JPJ yang dinaiki petugas hingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan tersebut.
"Petugas (JPJ) sempat menyelamatkan diri dan tiada kecederaan terhadap petugas semasa kejadian. Polis menahan pemandu lelaki tempatan itu dan merampas kenderaan 'backhoe' tersebut," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 186/353 dan 427 Kanun Keseksaan.
Nor Rafidah turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai video kejadian tersebut yang tular di media sosial, yang akan menggangu siasatan pihak polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan JPJ
#pengorek kaut
#kekerasan
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan