JOHOR BAHRU: Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata lelaki tempatan berumur 21 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira jam 8.30 malam.
Katanya, sebelum itu, polis telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis 'Kerajaan Gagal' yang digantung di sebuah jejantas Jalan Parit Raja menuju ke Ayer Hitam pada jam 11.04 pagi semalam.
Ekoran daripada itu, beberapa anggota katanya telah pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam.
"Namun tidak lama selepas itu, polis menerima pula aduan tentang satu video perhimpunan, pembakaran suar dan kejadian menaikkan kain rentang yang tertulis 'Kerajaan Gagal' tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang sama yang digantung di jejantas berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Beliau menambah polis juga menerima beberapa laporan yang memaklumkan terdapat aktiviti Mat Rempit di kawasan terbabit dari jam 12 tengah malam Rabu hingga 1 pagi Khamis.
Oleh itu, katanya, polis akan mempertingkatkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan di daerah itu khususnya kawasan Parit Raja.
Dalam masa sama, pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu terbabit dan usaha untuk mengesan dan menahan mereka sedang dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 144/269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021
Polis akan mempertingkatkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan di daerah Batu Pahat khususnya kawasan Parit Raja.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin
Kerajaan komited dalam usaha membuka semula Zon Aliran Bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian yang dimansuhkan sejak 2015.
USJT Bukit Aman siasat kes serangan tiga pemain bola sepak - Mohd Shuhaily
Siasatan dibuat dari semua sudut dan aspek, termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan isu tohmahan yang melanda FAM pada bulan lepas.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Sweden lihat tiada keperluan siasatan antarabangsa dalam letupan Nord Stream
Siasatan ke atas insiden itu telah dilakukan oleh pihak berkuasa Sweden menurut prinsip asas kebebasan, tidak berat sebelah dan kedaulatan undang-undang.
KPD Lahad Datu antara disiasat kes anak mati tertembak
Belum ada keputusan sama ada kematian anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.
Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di KLIA1.
JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran kimia
Penyiasatan tambahan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Serangan kedai serbaneka, MRA gesa percepat siasatan
Pihak berkuasa mesti dibenarkan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
JSJ sokong siasatan SPRM terhadap pegawai kanan polis
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana salah laku oleh warga PDRM.
Isu stoking kalimah Allah: Beri kepercayaan pihak berkuasa jalankan siasatan - Mohd Na'im
Polis, Jakim serta KPDN akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.