awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2024
02:35 MYT
Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi
Hussein berkata, kes terbabit bersifat peribadi dan tidak melibatkan mana-mana kepentingan awam. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes terbabit bersifat peribadi dan tidak melibatkan mana-mana kepentingan awam.
"Kes ini tidak melibatkan sebarang elemen keganasan dan saya tegaskan suasana di KLIA ketika ini dalam keadaan selamat dan terkawal.
"Jangan keluarkan sebarang ulasan atau komen yang boleh menjejaskan ketenteraman awam, beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Pada Ahad, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam kejadian dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi.
Mangsa yang merupakan pengawal peribadi itu dipercayai mengalami kecederaan di bahagian perut dan dilaporkan dalam keadaan stabil. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hussein Omar Khan
#tembakan
#siasatan
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan