awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lima lelaki bantu siasatan kes tembak di Kapar

Bernama
Bernama
07/03/2024
10:29 MYT
Polis tahan lima lelaki bantu siasatan kes tembak di Kapar
Lokasi Penyelia pengawal keselamatan parah ditembak di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang pada Rabu. -Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang penyelia pengawal keselamatan ditembak dari jarak dekat dalam kejadian di pekan Kapar, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao berkata dalam kejadian jam 4.54 petang itu, mangsa berumur 46 tahun itu terkena tembakan di bahagian tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan.
Bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat kejadian mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam.
Susulan kejadian itu, katanya seramai lima suspek lelaki warga tempatan berusia 40 hingga 45 tahun telah ditangkap dalam tempoh tiga jam bermula jam 10 malam di sekitar kawasan Kapar bagi membantu siasatan.
Vijaya berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau balai polis berhampran,"katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelia pengawal keselamatan
#kapar
#kereta berwarna hitam
#ditembak dari jarak dekat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan