awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah

Bernama
Bernama
09/08/2024
12:30 MYT
Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah
Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok Rabu lepas. - Foto hiasan
MARANG: Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok di sini Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Razman Setapa berkata suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di dua kedai pajak gadai iaitu di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus kira-kira 1.15 tengah hari.
Beliau berkata kedua-duanya diberkas ketika ingin menggadai barangan kemas yang dicuri.
"Polis menerima laporan kes pecah rumah Rabu lepas. Suspek dikatakan memecah masuk ketika mangsa keluar bekerja.
"Mangsa hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas melihat kesan pecah pada pintu kayu belakang rumah sewaktu pulang dari kerja iaitu sekitar 6.23 petang Rabu lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Razman berkata hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa mendapati terdapat imej dua individu yang dipercayai pasangan suspek berkenaan.
Beliau berkata polis turut menemukan wang tunai berjumlah RM7,500 yang juga mungkin dicuri dari rumah mangsa.
"Barangan kemas dipercayai milik mangsa berjaya ditemukan semula. Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#pasangan kekasih
#pecah rumah
#Kampung Binjai Bongkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan