awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pekerja taska dipercayai abai kanak-kanak setahun

Bernama
Bernama
01/09/2023
14:44 MYT
Polis tahan pekerja taska dipercayai abai kanak-kanak setahun
Mohd Sohaimi berkata penahanan dibuat susulan laporan polis ibu mangsa yang berusia 28 tahun pada 3.50 petang 25 Ogos. - Gambar hiasan/freeimages
PASIR GUDANG: Polis menahan seorang wanita dipercayai pekerja sebuah taska di Bandar Bestari Perdana di sini, bagi membantu siasatan kes membabitkan pengabaian seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun pada 25 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata wanita tempatan berumur 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini pada 2.15 petang Selasa lepas.
Beliau berkata penahanan dibuat susulan laporan polis ibu mangsa yang berusia 28 tahun pada 3.50 petang 25 Ogos.
"Hasil semakan mendapati wanita terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian dadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis turut mengesan rakaman sebuah video tular berdurasi 44 saat menerusi akaun Facebook Mynewshub, yang memaparkan seorang individu mengasari kanak-kanak, dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu.
Mohd Sohaimi berkata wanita terbabit direman selama enam hari bermula 30 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#rekod jenayah lampau
#ujian dadah
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan