Skip to main content

Malaysia

Polis tahan pelajar disyaki muat naik hantaran sentuh isu 3R

KUANTAN, 23 Jun -- Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman bercakap berhubung isu kecurian kabel di tapak binaan laluan ECRL antara Gebeng-Gambang ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Datuk Seri Yahaya Othman, Ketua Polis Pahang. --fotoBERNAMA

KUANTAN: Polis menahan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini kerana disyaki memuat naik dan menyebarkan kandungan menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) menerusi media sosial.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berkenaan ditahan awal pagi tadi di sini bagi membantu siasatan.

Advertisement

“Pihak polis akan memohon perintah reman terhadap pelajar terbabit hari ini,” katanya menerusi kenyataan ringkas kepada media.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghina agama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menghantar komunikasi yang bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain termasuk kandungan jelik.

Terdahulu, tular menerusi media sosial kandungan bersifat provokatif termasuk menghina Nabi Muhammad SAW. 

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video