awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha

Bernama
Bernama
24/07/2024
15:00 MYT
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn, Isnin lepas. - Foto hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung seorang bayi perempuan berusia dua bulan mengalami patah paha kiri selepas dihantar ke rumah pengasuhnya pada Ahad lepas.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS menahan wanita berumur 36 tahun itu kira-kira pukul 10.50 pagi pada Isnin.
"Bagaimanapun, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati dia negatif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata suspek kini direman selama enam hari bermula semalam hingga Ahad depan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#pengasuh wanita
#dera bayi
#patah paha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan