Skip to main content

Malaysia

Polis tahan penunggang motosikal warga asing lakukan aksi 'superman'

71754455724_Gari.jpg
Siasatan mendapati suspek yang juga warganegara Singapura itu dalam perjalanan untuk menyertai program perhimpunan RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA BERANG: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana memandu secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain, di Kilometer 403 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) kira-kira 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Shaharudin Abdul Wahab berkata lelaki berusia 20-an yang menunggang motosikal Yamaha RXZ itu ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) selepas dikesan melakukan aksi ‘Superman’. 

Beliau berkata siasatan mendapati suspek yang juga warganegara Singapura itu dalam perjalanan untuk menyertai program perhimpunan RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus selama dua hari bermula hari ini.

"Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Susulan itu polis ingin menasihatkan semua pengguna jalan raya termasuk peserta program RXZ Members 8.0 agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah.

“Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang bertindak mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu lewat malam tadi.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement