Polis Perak telah menahan seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes bunuh seorang ibu tunggal berusia 53 tahun di Taman Datuk Lew Yap Sip, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata suspek berusia 34 tahun yang bekerja sebagai peniaga di Pasar Besar Kampung Rapat itu telah ditahan di Ipoh sekitar jam 12 tengah hari tadi.
“Polis menerima panggilan sekitar jam 7 pagi mengenai kes bunuh tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan pecah di bahagian pintu masuk rumah serta pintu bilik si mati.
“Manakala si mati telah dijumpai di bilik utama tingkat atas yang mana dalam keadaan terlentang di atas katil berlumuran darah.
“Bertindak atas maklumat sekitar jam 12 tengah hari sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Ipoh telah buat tangkapan ke atas suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Beliau memberitahu suspek akan direman dibawah Seksyen 117 KPJ dan siasatan lanjut sedang diteruskan.
Sum turut memberitahu hasil bedah siasat mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit itu maut akibat pendarahan berlebihan ekoran luka-luka tikaman.
Dalam kejadian jam 5.50 pagi Isnin, mangsa yang dikenali sebagai Hamidah Abdul Rahman, ibu kepada empat orang anak itu telah ditemukan mati oleh anak bongsunya Noor Shairah Hussin di bilik tidur utama rumah mereka.
“Selalunya ibu akan bangun pagi sekita jam 5 pagi tadi untuk pergi kerja tapi tadi dah pukul 5.30 pun ibu masih lagi di rumah.
“Saya panggil dia dalam bilik tapi tak jawab, jadi saya masuk bilik ibu buka lampu dan ternampak katil ibu dipenuhi darah, ibu pula dalam keadaan meniarap dan saya nampak kesan luka di badan belakang,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian.
Difahamkan juga mangsa baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan pada Khamis lalu dan merancang berkahwin pada Mei ini dengan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Shafiq Noordin
Mon Mar 13 2017
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong (gambar) suspek berusia 34 tahun yang bekerja sebagai peniaga di Pasar Besar Kampung Rapat itu ditahan tengah hari tadi. - Foto Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.