KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kes bunuh seorang wanita dua hari lepas di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata semua suspek yang berusia lingkungan 30-an direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Polis turut berjaya merampas sebuah kenderaan jenis Honda City yang dipercayai milik suami mangsa yang telah dilarikan suspek pada hari kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian awal pagi dua hari lepas seorang wanita berusia 52 tahun maut dipercayai akibat dijerut menggunakan kabel pengecas telefon, manakala suaminya berusia 60 tahun turut cedera di bahagian kepala dalam kejadian samun di rumah mereka.
Dalam kejadian itu, suspek dipercayai turut melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 serta kereta jenis Honda City milik suami mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kes bunuh seorang wanita dua hari lepas di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera, hari ini. - Gambar hiasan

Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat
Wanita itu disyaki mendera anak angkatnya secara mengheret kanak-kanak itu dengan menarik rambutnya, di atas jalan berhadapan rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Pertumbuhan ekonomi suku ketiga dijangka kekal kukuh - Tengku Zafrul
Kerajaan akan kekal berhati-hati untuk separuh kedua 2022 apabila prospek ekonomi masih tertakluk kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.

AWANI Ringkas: Dengar saranan pihak kerajaan dan pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jaringan keselamatan sosial pekerja p-hailing, e-hailing akan dibawa ke Kabinet - Saravanan
Jaringan keselamatan sosial bagi pekerja sektor p-hailing dan e-hailing akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Mahkamah | Ahli perniagaan didakwa tipu hampir RM1.9 juta
Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen George Town hari ini atas lapan pertuduhan menipu pengarah syarikat membabitkan nilai hampir RM1.9 juta bagi menyelesaikan kes cukai rokok pada 2019.

Mata Wang | Ringgit susut 4.6%, tidak eksklusif kepada Malaysia
Nilai ringgit menyusut sebanyak 4.6 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua tahun ini. Sehingga 10 Ogos lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ia susut 6.3 peratus sejak awal tahun lalu.

Penjawat Awam | Melaka larang pegawai beri kenyataan memalukan
Penjawat awam khususnya ketua jabatan di Melaka diberi amaran untuk tidak mengeluarkan kenyataan umum yang boleh memalukan kerajaan negeri, termasuk kepada media. Dalam hal itu, semua kenyataan yang melibatkan dasar kerajaan negeri mesti mendapat kelulusan bagi mengelakkan sebarang salah faham dan perbalahan yang boleh menjejaskan imej Melaka.

Urban Malaria | Wujudkan polisi pekerja asing diberi ubat antimalarial
Polisi tertentu perlu diwujudkan bagi memastikan pekerja warga asing di negara ini diberikan ubat antimalaria. Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman menjelaskan, langkah itu bagi mengelakkan penularan penyakit malaria dalam kalangan masyarakat tempatan.

Rampasan di rumah Najib: Bekas Pengarah JSJK Bukit Aman nafi dakwaan Raja Petra
Amar berkata tuduhan dilemparkan Raja Petra yang mendakwa terdapat wanita awam yang hadir di lokasi serbuan dan mengambil beg yang dirampas polis adalah sama sekali tidak berasas.

Rangka Penang Woman akhirnya miliki wajah
Penang Woman, rangka manusia yang berusia lebih 5,000 tahun dan ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas kini mempunyai 'wajah' lakaran yang siap pada 5 Julai lepas.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes bunuh di Bera
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kes bunuh seorang wanita dua hari lepas di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera, hari ini.