awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM1.5 juta

Bernama
Bernama
14/01/2022
20:16 MYT
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM1.5 juta
Kesemua lelaki itu direman hingga 17 Jan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM1.5 juta dalam serbuan di Jalan Klang Lama di sini dan Puchong, Selangor, Selasa lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Supt Mohd Shokri Abdullah berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 26 hingga 45 tahun ditahan pada 8.40 malam di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasaraya, Jalan Klang Lama dan sebuah kondominium di Puchong.
Beliau berkata hasil kedua-dua serbuan, polis merampas 26.1 kilogram ketamin, 28 gram heroin dan 4,800 biji pil ekstasi yang kesemuanya bernilai lebih RM1.5 juta selain wang tunai berjumlah RM2,280.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan dadah itu dipercayai untuk diedarkan ke pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang yang mampu menampung seramai 57,056 pengguna," katanya dalam kenyataan.
Mohd Shokri berkata sindiket berkenaan dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lepas dan menjadikan unit kondominium yang mempunyai kawalan keselamatan ketat dengan sewaan RM1,700 sebulan sebagai tempat simpanan dadah sebelum diedar kepada pembeli.
Beliau berkata kesemua lelaki itu direman hingga 17 Jan ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur
#kondominium di Puchong
#serbuan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan