awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki, selesai 13 kes curi kabel

Bernama
Bernama
05/08/2024
14:50 MYT
Polis tahan tiga lelaki, selesai 13 kes curi kabel
Hamzah berkata pada kira-kira 4.25 pagi sepasukan polis dari Balai Polis Nibong Tebal yang sedang bertugas terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Triton yang dalam keadaan mencurigakan. - Gambar fail/PDRM
NIBONG TEBAL: Polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes kecurian kabel di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) susulan penangkapan tiga lelaki tempatan di Jalan Bukit Panchor di sini semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pada kira-kira 4.25 pagi sepasukan polis dari Balai Polis Nibong Tebal yang sedang bertugas terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Triton yang dalam keadaan mencurigakan.
"Polis kemudian menghampiri kenderaan yang dinaiki tiga lelaki itu dan menahan kenderaan berkenaan untuk diperiksa. Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai jenis peralatan disyaki digunakan dalam kegiatan mencuri kabel," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata semakan terhadap ketiga-tiga suspek berusia 31 dan 33 tahun mendapati masing-masing mempunyai sembilan, 22 dan empat rekod lampau atas kesalahan jenayah serta dadah.
Beliau berkata dengan penangkapan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes kecurian kabel di daerah SPU dan tiga di SPS.
Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan kesemua suspek kini direman dua hari hingga Rabu bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#lelaki tempatan
#Dadah
#membantu siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan