GEORGE TOWN: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang penjawat awam dan merampas 840.729 kilogram (kg) ganja bernilai RM2.1 juta dalam beberapa serbuan di negeri ini dan Perak, Khamis lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pulau Pinang itu dilakukan hasil maklumat dan risikan sejak beberapa minggu lepas.
"Penahanan bermula pada 6.45 pagi ke atas tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta di Plaza Tol Bagan Ajam, Butterworth," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata hasil penahanan mereka, polis menyerbu kawasan parkir kenderaan di Bukit Jambul, di sini, kira-kira 25 minit kemudian dan merampas sejumlah ganja seberat 479.729 kg bernilai RM1.1 juta yang disimpan di dalam sebuah kereta.
Katanya pasukan polis turut menahan sebuah kereta di Plaza Tol Changkat Jering, Perak pada 7.44 pagi dan menahan tiga lagi lelaki di situ.
Mohd Shuhaily berkata, polis kemudian menyerbu kawasan Persiaran Mahsuri, Bayan Baru dekat sini, pada 2 petang dan memeriksa sebuah kereta yang diparkir di situ lalu menemukan 10 guni plastik mengandungi 361 kg disyaki ganja dalam kenderaan berkenaan.
Beliau berkata susulan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Air Itam, di sini dan menahan seorang lagi lelaki pada 3.20 petang.
"Siasatan awal mendapati semua ganja pelbagai gred termasuk paling berkualiti itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan. Sindiket tersebut yang mempunyai rangkaian sindiket luar negara menjalankan kegiatan tersebut sejak awal tahun lepas," katanya.
Beliau berkata keseluruhan dadah yang dirampas ialah sebanyak 823 ketulan mampat ganja seberat 840.729kg yang kesemuanya bernilai RM2.1 juta dan boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah.
Menurutnya kesemua lelaki itu berusia 24 hingga 29 tahun dengan ada dalam kalangan mereka bekerja sebagai pemandu kenderaan di sebuah politeknik, jurutera, juruteknik komputer, peniaga dalam talian serta penganggur.
"Polis turut menyita dua kereta dan sebuah motosikal yang kesemuanya bernilai RM51,500 daripada mereka. Lima daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah," katanya dan menambah kesemuanya direman seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki dan merampas 840.729 kg ganja bernilai RM2.1 juta dalam siri serbuan di negeri itu dan Perak, baru-baru ini. - Bernama
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berisiko berulang - ILAM
Langkah mitigasi perlu dilakukan segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.
AWANI Ringkas: Liga-M kekal ikut jadual, Piala Sumbangsih Jumaat ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri perlu segera ambil kampung angkat, selami dan selesai isu setempat - Fahmi
Semua menteri perlu segera mengambil kampung angkat selaras dengan saranan Anwar agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.
Serangan ke atas pemain bola sepak: Polis diminta pertingkat kawalan keselamatan
Polis diminta pertingkat tahap kawalan keselamatan bukan sahaja kepada tiga insiden yang telah berlaku, malah kepada semua yang terlibat.
USJT Bukit Aman siasat kes serangan tiga pemain bola sepak - Mohd Shuhaily
Siasatan dibuat dari semua sudut dan aspek, termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan isu tohmahan yang melanda FAM pada bulan lepas.
Insiden hon ketika pengebumian: Kertas siasatan lengkap, tunggu bahagian perundangan
Kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah negeri untuk penilaian sebelum tindakan lanjut.
Pamer gambar Agong: Biar polis siasat - Amirudin
Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kempen PRK KKB, semalam.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.