awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan

Bernama
Bernama
29/04/2024
12:51 MYT
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau membuat hantaran di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran. - Bernama
SEREMBAN: Polis sedang menjalankan siasatan terperinci susulan aduan yang mendakwa terdapat aktiviti mencurigakan di sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai dekat sini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
"Justeru, kami menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau membuat hantaran di media sosial yang boleh menimbulkan kegusaran sehingga mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman awam.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai aduan seorang individu berkaitan sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai didakwa melakukan aktiviti bertentangan dan mampu menggugat kedaulatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti mencurigakan
#polis
#nilai
#aduan
#pusat keagamaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan