PUTRAJAYA: Semua menteri perlu segera mengambil kampung angkat selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata usaha itu bertujuan menyelami isu setempat dan menyelesaikan seberapa banyak masalah yang dihadapi penduduk.
Beliau berkata perkara itu ditegaskan Anwar dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan diterima baik oleh semua Jemaah Menteri.
"Perdana Menteri minta supaya usaha ini dirancakkan. Erti mengambil kampung angkat adalah untuk seseorang menteri berusaha meneliti dan mendapatkan laporan mengenai perkembangan di kampung berkenaan secara keseluruhan.
"Beliau (Anwar) berharap supaya menteri dapat mengambil kampung angkat sama ada kampung sendiri atau tidak, tetapi dengan niat untuk menyelami isu-isu yang dihadapi penduduk setempat serta membantu menyelesaikan seberapa banyak isu yang dihadapi," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama warga Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini, Anwar mahu Jemaah Menteri serta ketua-ketua jabatan mengemukakan nama kampung yang mereka akan wakili secepat mungkin bagi membantu usaha menaik taraf kehidupan penduduk di kampung berkenaan, terutama golongan miskin.
Perkara itu telah dicadangkan oleh Anwar pada 21 Mac lepas ketika berucap pada program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam 2024.
Sementara itu Fahmi berkata aspek tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam akan diperluaskan ke peringkat agensi dan syarikat yang ditubuhkan di bawah kementerian bagi menambah baik aspek pengurusan secara keseluruhan.
"Ini susulan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 baru-baru ini. Ini kerana didapati aspek tatakelola di peringkat kementerian adalah pada tahap yang baik dan memuaskan, tetapi kita inginkan supaya beberapa perkara ini turut disusuli di peringkat agensi dan anak syarikat termasuk CLBG (syarikat berhad menurut jaminan)," katanya.
NACS 2024-2028 dilancarkan Anwar semalam, yang memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah. Ia komponen penting agenda reformasi Malaysia yang menggariskan strategi-strategi teras secara menyeluruh dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Fahmi berkata usaha itu bertujuan menyelami isu setempat dan menyelesaikan seberapa banyak masalah yang dihadapi penduduk. - Gambar fail/Bernama
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Menteri perlu segera ambil kampung angkat, selami dan selesai isu setempat - Fahmi
Semua menteri perlu segera mengambil kampung angkat selaras dengan saranan Anwar agar setiap pemimpin di negara ini termasuk perdana menteri dipertanggungjawabkan menjaga sebuah kampung.