awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan wanita warga asing berhubung kes tetak lelaki di Ayer Tawar

Bernama
Bernama
25/06/2023
14:22 MYT
Polis tahan wanita warga asing berhubung kes tetak lelaki di Ayer Tawar
Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan lelaki berusia 38 tahun itu pada 5.15 petang semalam.
"Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berada dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas tanah dengan beberapa kesan tetakan pada tubuh badannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak polis turut menjumpai beberapa barang termasuk dua batang besi cangkuk tandan kelapa sawit, sehelai tuala dan sebuah motosikal milik mangsa yang berada berdekatan mayatnya.
Katanya polis kemudian menahan wanita itu di kawasan Ayer Tawar pada kira-kira 3.30 pagi tadi dan suspek direman tujuh hari hingga 1 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mohd Yusri berkata bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat luka-luka kesan tetakan senjata tajam dan luka tetakan pada bahagian kepala.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, ASP Mohd Azalan Ab Karim di talian 019-3927837.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita warga asing
#kes tetak
#Ayer Tawar
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan