awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak mati penjenayah dikehendaki di Simpang Lima

Astro Awani
Astro Awani
08/10/2016
08:28 MYT
Polis tembak mati penjenayah dikehendaki di Simpang Lima
Dalam pemeriksaan yang dijalankan polis turut menemui sepucuk pistol, lima butir peluru hidup dan sebilah parang di dalam kereta berkenaan. - Gambar hiasan
Polis menembak mati seorang penjenayah yang paling dikehendaki dalam satu kejadian tembak-menembak di Simpang Lima berhampiran Pekan Gurney, Air Tawar di sini awal pagi tadi.
Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak, SAC Gan Tien Kee berkata, penjenayah berumur 29 tahun itu dikehendaki polis kerana mempunyai lima rekod kesalahan jenayah termasuk satu kes percubaan membunuh.
Menurut beliau dalam kejadian jam 3.15 pagi itu sepasukan peronda polis pencegah jenayah diketuai Inspektor Guldip Singh telah mengejar sebuah kereta Proton Waja yang dipandu penjenayah itu sebelum kereta berkenaan terbabas di kawasan Simpang Lima.
Katanya, pasukan polis yang cuba menghampiri kereta berkenaan terpaksa mempertahankan diri dengan melepaskan tiga das tembakan setelah pemandu kereta terbabit melepaskan satu das tembakan ke arah mereka.
Menurut Gan lagi, dalam pemeriksaan yang dijalankan polis turut menemui sepucuk pistol , lima butir peluru hidup dan sebilah parang di dalam kereta berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak di sini pada hari ini.
Topic Berkaitan
#polis perak
#SAC Gan Tien Kee
#Tembak penjenayah dikehendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan