awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak mati seorang lagi penjenayah di Sabah

Bernama
Bernama
05/12/2024
06:08 MYT
Polis tembak mati seorang lagi penjenayah di Sabah
Suspek lelaki berusia 59 tahun itu dipercayai rakan kepada tiga penjenayah yang ditembak mati oleh polis di Penampang pada malam Selasa lepas. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Seorang penjenayah maut selepas berbalas tembak dengan polis dalam satu kejadian di Inanam di sini kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Datuk Azmi Abdul Rahim berkata suspek lelaki berusia 59 tahun itu dipercayai rakan kepada tiga penjenayah yang ditembak mati oleh polis di Penampang pada malam Selasa lepas.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis menyerbu bilik di sebuah bangunan (di Inanam). Suspek melepaskan tembakan, menyebabkan pasukan serbuan bertindak membalas tembakan bagi melindungi diri serta nyawa anggota polis.
"Suspek disahkan mati di tempat kejadian. Dengan tumpasnya empat suspek ini kami percaya kegiatan kumpulan ini telah dibanteras sepenuhnya," katanya kepada media di sini hari ini.
Azmi berkata suspek bersama tiga rakannya juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah, termasuk kes bunuh di Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjenayah dikehendaki
#polis tembak mati
#Sabah
#Inanam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan