Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lalu di dalam but kereta BMW yang tenggelam di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya dekat sini pada Ahad.
Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai berhubung penemuan sebuah kenderaan di dalam tasik bekas lombong itu pada pukul 2.07 petang ini.
Bagaimanapun, katanya identiti mayat masih belum disahkan kerana polis belum menjumpai apa-apa dokumen pengenalan diri pada mangsa.
"Balai Bomba Cyberjaya telah dimaklumkan untuk menarik kenderaan itu dan selepas kereta itu ditarik ke darat pada 4.40 petang, pemeriksaan mendapati satu mayat di dalam but kereta BMW itu.
"Dipercayai lelaki itu dibunuh dan mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam but kereta sebelum ditenggelamkan di tasik terbabit," katanya ketika dihubungi.
Siasatan awal mendapati kereta itu sebelum dimiliki oleh seorang lelaki lain, sebelum dijual kepada syarikat menjual kenderaan terpakai, katanya, sambil mengesahkan tiada laporan berhubung kehilangan kenderaan itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Komisoner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menyiasat berhubung penemuan mayat tersebut.
Bernama
Mon May 09 2016
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Gambar fail
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Polis temui mayat lelaki dalam but kereta BMW di Tasik Puchong
Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lalu di dalam but kereta BMW yang tenggelam di sebuah bekas lombong di Tasik Puchong, Taman Maju Jaya dekat sini hari ini.